40 Asnaf Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada ADUN Sebuyau

ISNIN, 9 MEI 2021

SEBUYAU: Seramai 40 penerima asnaf dari Kampung Arus Melayu, Kampung Menek, Kampung Lutong, Sebangan tidak ketinggalan menerima sumbangan sempena Aidilfitri 2021.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi di Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan pada Sabtu.

Dalam majlis itu,Julaihi berkesempatan menasihati para penerima untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menyambut perayaan Hari Raya kelak.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad, Ketua Masyarakat Kampung Menek Sebangan, Semawi Bujang dan Ketua Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, Alup Edin.-EDISI UKAS

Share

add comment