JKKK Kampung Masjid Baru Beri Sumbangan Kepada Golongan Asnaf

AHAD, 9 MEI 2021

SRI AMAN: Seramai 10 orang golongan asnaf menerima sumbangan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Baru dalam Program Ziarah Ramadan di kampung tersebut pada Ahad.

Penghulu Abang Norin Abang Norudin yang turut diiringi oleh Ketua Kampung Masjid Baru, Husaini Abu Talip, Ketua Wanita Ranting PBB Kampung Masjid Baru, Suria Abu Talip dan AJK JKK Kampung Masjid Baru telah meluangkan masa bagi menjayakan program ziarah itu.

Salah seorang penerima iaitu Baah Enggek, yang berusia 98 tahun, menzahirkan rasa terima kasih kepada JKKK kampung Masjid Baru atas sumbangan tersebut.-EDISI UKAS