PBB Cawangan Tellian Agih 1000 Pek Bubur Lambuk Kepada Masjid, Surau

AHAD, 9 MEI 2021

MUKAH: Meskipun hari lebaran kian menjelang namun program agihan bubur lambuk masih rancak diteruskan.

Kali ini giliran PBB Cawangan N.57 Tellian mengagihkan sebanyak 1000 pek bubur lambuk kepada masjid dan surau dalam kawasan DUN berkenaan.

Agihan secara simbolik itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo bertempat di Bangunan Proton Lama, Jalan Setia Raja, Mukah pada Sabtu.

Senarai penerima agihan ialah Masjid Nurul Huda, Kampung Judan; Masjid Darul Huda, Kuala Lama; Masjid Setia Raja, Mukah; Masjid Jamek, Penakub Permai; Surau Babul Jannah, Petanak Daya; Surau Darul Hikmah, Petanak Jaya Hilir; Surau Darul Iman, Petanak Tengah; Surau Darul Hijrah, Sps Kuala Lama; Masjid Darul Falah, Kampung Penat; Surau Nurul Hidayah, Tellian Laut; Surau Nurul Hikmah, Judan Ulu; Surau Darul Husna, PDRM Mukah dan Surau As-Sofa, Balai Bomba Dan Penyelamat Mukah.

Gotong-royong memasak bubur lambuk dilaksanakan oleh ahli Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Tellian bermula sekitar jam 9 pagi mengikut SOP ditetapkan. – EDISI UKAS

Share

add comment