Program Imunisasi Covid-19 Daerah Kanowit Dari 7-9 Mei

AHAD, 9 MEI 2021

KANOWIT: Kementerian Kesihatan Daerah Kanowit telah menganjurkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa 1 bermula 7 hingga 9 Mei 2021 bertempat di Dewan Pejabat Daerah Kanowit.

Hari pertama proses vaksinasi melibatkan seramai 293 penerima dari pelbagai peringkat umur yang telah berdaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia II merangkap Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang turut meninjau proses vaksinasi sambil diiringi ADUN Machan, Allan Siden Gramong.

Agensi lain yang turut terlibat dalam program tersebut ialah Pejabat Kesihatan Daerah, PDRM Kanowit, PKD, RELA Kanowit, Pejabat Daerah Kanowit, Bomba dan Majlis Daerah Kanowit. – EDISI UKAS

Share

add comment