Pusat Khidmat DUN Kakus Serah Bantuan Makanan Kepada Tiga Rumah Panjang

AHAD, 9 MEI 2021

MUKAH: Pelaksanaan Pengesanan Kes Aktif (ACD) di Rumah Manna Mulok, Rumah Lanyau Tuli dan Rumah Nelson Chuat telah menyebabkan pergerakan penduduk terbatas dan tidak dibenarkan keluar rumah. 

Susulan itu, Pusat Khidmat DUN Kakus pada Jumaat telah menyampaikan sumbangan bantuan barangan makanan untuk meringankan beban penduduk-penduduk di tiga rumah panjang berkenaan. 

Bantuan sumbangan berupa makanan kering diserahkan wakil Pusat Khidmat DUN Kakus Eugene John Sikie kepada tuai rumah panjang tersebut untuk tempoh dua minggu. -EDISI UKAS

Share
0