AHAD, 9 MEI 2021
BAU: Seramai 379 individu majoritinya warga emas telah divaksin pada hari pertama fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Bau pada Sabtu.
Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau itu dijalankan di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak.
Menurut PKD Bau, hari pertama program fasa kedua yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu berjalan lancar.
Kesemua penerima dos pertama suntikan jenis vaksin Sinovac itu sebelum ini telah dimaklumkan tarikh untuk pengambilan vaksin menerusi aplikasi Mysejahtera.
Turut membantu dalam program vaksinasi tersebut adalah para petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS