2450 Rumah Di Kabong Terima Sumbangan Sentuhan Aidilfitri YB MCK 2021

ISNIN, 10 MEI 2021

KABONG: Sebanyak 2450 buah rumah dari 25 kampung dalam kawasan DUN Kabong menerima sumbangan bakul makanan sempena Program Sentuhan Aidilfitri YB Mohd Chee Kadir (MCK) 2021 yang diagihkan dari 6 hingga 9 Mei 2021.

Selain itu, seramai 181 penerima yang terdiri daripada petugas barisan hadapan turut menerima sumbangan berkenaan.

Mereka terdiri daripada kakitangan Balai Polis Kabong, Balai Polis Roban, Klinik Kesihatan Kabong, Klinik Kesihatan Nyabor, Klinik Kesihatan Roban, Pejabat Daerah Kabong, Pejabat Daerah Kecil Roban, RELA Kabong, Jabatan Pendaftaran Negara Kabong dan Pejabat Pos Kabong.

Terdahulu, satu mesyuarat khas Program Sentuhan Aidilfitri YB MCK telah diadakan pada 4 Mei dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB Kabong, Alwie Sapalie bagi membincangkan gerak kerja untuk program tersebut.

Program Sentuhan Aidilfitri YB MCK 2021 bertujuan menzahirkan rasa terima kasih ADUN kepada semua penduduk Kabong tanpa mengira sentimen politik dan juga atas sokongan yang diberikan kepada beliau.

Meskipun sukar untuk berjumpa penduduk kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun sumbangan sebegini membuktikan keprihatinan Mohd Chee terhadap semua penduduk di kawasannya.

Senarai penerima sumbangan adalah berdasarkan rekod yang dihantar oleh setiap Ketua Kampung kepada pihak Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Agihan sumbangan disempurnakan Pegawai Khas ADUN Kabong Nur Elffi Amir, Naib Ketua Cawangan PBB Kabong Roslan Bujang, Bendahari Cawangan PBB Kabong Laksamana Bakar, Ketua Pemuda PBB Kabong Shukeri Kipeli dan Pemangku Ketua Wanita PBB Kabong Normah Ahmadi. – EDISI UKAS

Share

add comment