ADUN Balingian Tinjau Projek RTP, Serah Geran Kepada JKKK, Surau Dan Masjid

ISNIN, 10 MEI 2021

BALINGIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi mengadakan lawatan kerja meninjau beberapa buah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 selain turut menyampaikan geran kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), surau dan masjid, baru-baru ini.

Antara lokasi projek yang telah dilawati beliau ialah Tapak Gelanggang Futsal Kampung Kuala Balingian, Tapak Gelanggang Futsal, Kampung Sungai Alo, Mukah dan Projek Menaiktaraf Gelanggang Futsal Kampung Tabo.

Bagi Projek Penyediaan Tapak Gelanggang Futsal, Kampung Sungai Alo, projek telah bermula pada 22 Januari 2021 dan dijangka siap pada 21 Mei 2021.

Manakala Projek Menaiktaraf Gelanggang Futsal Kampung Tabo juga telah bermula pada 19 Oktober 2020.

Sementara itu, Abdul Yakub turut menyampaikan geran sebanyak RM60,000 kepada 18 buah surau dan masjid di kawasan Balingian.

Lawatan kerja beliau diteruskan dengan penyerahan geran sebanyak RM84,000 kepada 28 JKKK. -TAMAT