ADUN Jemoreng Tinjau Pemasangan Karpet Di Masjid Dan Surau

ISNIN, 10 MEI 2021

MATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah meninjau kerja pemasangan karpet baharu di lapan masjid dan surau di sini pada Isnin.

Antara masjid yang dilawati adalah Masjid Lama Kampung Tian, Masjid Kampung Bawang, Surau SK Bawang Tian, Surau SK OK Sergunim, Surau Kampung Treng, Surau Kampung Sok Matu, Surau SK Sok dan Surau Sekaan Kecil.

Beliau ketika ditemubual memberitahu, sebanyak 19 buah masjid dan surau di kawasan DUN Jemoreng menerima sumbangan berkenaan.

“Sebanyak 19 masjid dan surau ini dipilih kerana kebanyakan karpet atau tikar untuk mendirikan solat terlalu lusuh dan lama.

“Sumbangan karpet ini memakan kos sebanyak RM217,000,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan surau dan masjid yang lain akan dilakukan secara berperingkat.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan penggantian karpet tersebut dapat, usaha pengimarahan masjid dan surau seperti aktiviti ibadah dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan selesa.

Sementara itu, wakil-wakil penerima merakamkan penghargaan kepada Dato’ Murshid di atas sumbangan tersebut. – EDISI UKAS

Share

add comment