Projek Naiktaraf Jalan Sebayang/Tusok Siap, Beri Kelegaan Lebih 200 Penduduk

ISNIN, 10 MEI 2021

Tanjong Manis: Projek menurap Jalan Sebayang/Tusok sepanjang 700 meter telah siap sepenuhnya minggu lepas memberi kelegaan kepada lebih 200 penduduk di kawasan tersebut.

Dengan siapnya jalan ini, pergerakan penduduk lebih mudah terutamanya untuk membawa keluar hasil pertanian dan perikanan yang sebelum ini bergantung dengan laluan sungai.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh tersebut membabitkan kerja-kerja menimbus dan menurap jalan dengan kos sebanyak RM700,000.

Datu Len yang juga Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak berkata, pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan Sarawak dalam membangunkan kemudahan asas untuk rakyat luar bandar.

Tambahnya, kejayaan melaksanakan projek sedemikian juga merupakan hasil daripada sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinanan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).-EDISI UKAS

Share

add comment