SELASA, 11 MEI 2021
SIMUNJAN: Pejabat Daerah Simunjan bersama Pusat Khidmat DUN N25 Simunjan meneruskan lagi Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2021 untuk golongan asnaf dan kali ini bagi Zon Sungai Apin pula.
Seramai 50 penerima telah menerima sumbangan tersebut bagi Zon Sungai Apin menerusi ketua kampung dari lima kampung iaitu Kampung Sungai Apin, Kampung Selangking, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Tanjung Pisang dan Kampung Pantong Melayu.
Bantuan tersebut merupakan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.
Beliau berharap pemberian bantuan berkenaan dapat meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan khususnya menjelang hari lebaran.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap mewakli ADUN Simunjan. -EDISI UKAS