ADUN Batu Kitang Sumbang Bantuan Raya Kepada Golongan Asnaf

SELASA, 11 MEI 2021

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 3-6 menyumbangkan bantuan makanan kepada golongan asnaf di Kampung Haji Baki pada Selasa.

Sumbangan daripada ahli JKKK Batu 3-6 tersebut disampaikan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari 13 buah kampung di kawasan DUN Batu Kitang.

Sehubungan itu, Lo berharap agar sumbangan bantuan makanan itu dapat meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau juga mengingatkan para penduduk untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) khususnya ketika hari raya yang bakal tiba. –EDISI UKAS