ADUN Jemoreng Santuni Kumpulan Tadarus Dan Jemaah Tarawih

SELASA, 11 MEI 2021

MATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya meluangkan masa menghadiri solat berjemaah dan tadarus di lima buah masjid dan surau sekitar Matu pada Isnin.

Kehadiran beliau dimulakan dengan solat Isya’ berjemaah di Surau Kampung Sekaan Kecil dan kemudian ke Surau Kampung Bertong bagi menyantuni jemaah tarawih.

Sejurus selepas itu beliau bergerak ke Surau Kampung Sok untuk menyertai solat tarawih dan kemudiannya ke Masjid Daerah Matu untuk menyantuni jemaah bertadarus Al-Quran.

Lawatan terakhir beliau ke Surau Kampung Hulu Kuala Matu.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyerahkan sumbangan duit raya disampaikan oleh kepada peserta tadarus di setiap masjid dan surau terbabit.-EDISI UKAS