Hospital Medan ATM Kapit Beroperasi Sepenuhnya Mulai 10 Mei 2021

SELASA, 11 MEI 2021

KAPIT: Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapit telah beroperasi sepenuhnya mulai 10 Mei 2021.

Hospital tersebut berfungsi sebagai tempat rawatan bagi pesakit bukan kes COVID-19 yang dijangka beroperasi selama tiga bulan tertakluk kepada keadaan dan keperluan semasa.

Seramai tiga pegawai perubatan ATM bersama 35 anggota dan empat petugas perubatan dari Hospital Daerah Kapit bertugas di situ.

Hospital tersebut mampu menempatkan 40 katil dan pesakit dalam satu masa dan kapasiti tersebut boleh ditambah sekiranya diperlukan dari masa ke semasa.–EDISI UKAS

Share

add comment