SELASA, 11 MEI 2021
MIRI: Beberapa buah projek pembangunan Kerajaan Sarawak sedang rancak dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau.
Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Kaunselor Leslie Lau telah meninjau tiga Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Piasau iaitu Projek Bina Dinding Pagar Bangunan Persatuan India Miri, Projek Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang, Naik Taraf Taman Rekreasi Taman Bumiko, Pembinaan Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 1A, Naiktaraf Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 1B dan Naiktaraf Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 8.
Dalam tinjauan di Projek Bina Dinding Pagar Bangunan Persatuan India Miri, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dengan kos sebanyak RM120,000.
Ketika ditemui, Pengerusi Persatuan India Miri Kaunselor Karambir Singh Honey menyatakan terima kasih kepada ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting di atas kelulusan pembinaan dinding pagar tersebut.
Lawatan diteruskan di Jalan Tanjung Miri bagi meninjau Projek Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang dengan kos sebanyak RM350,000.
Kerja-kerja naik taraf itu meliputi menukar bumbung, lampu, stor dan parit.
Dalam pada itu, Taman Rekreasi Taman Bumiko akan dinaik taraf di bawah Projek RTP berjumlah RM120,000 dengan fasiliti untuk kanak-kanak dan peralatan senaman (outdoor exercise equipment).
Sementara itu, di Taman Delight, turut ditinjau Projek Pembinaan Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 1A dengan kos berjumlah RM150,000, Projek Naik Taraf Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 1B dengan RTP berjumlah RM100,000 dan projek Naik= Taraf Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 8 juga berjumlah RM100,000.
Kesemua Taman Rekreasi Taman Delight akan dinaik taraf dengan fasiliti untuk kanak-kanak dan peralatan senaman (outdoor exercise equipment) dan lampu. -EDISI UKAS