Tiga Rumah Ranap Dalam Kebakaran Di Balingian

RABU, 12 MEI 2021

BALINGIAN: Tiga keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran berlaku di Kampung Lintang, Balingian pada Rabu.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu dapat dipadam sepenuhnya jam 10 pagi dan tidak mengorbankan sebarang nyawa.

Pasukan Bomba Sukarela Balingian sambil dibantu penduduk kampung bertindak pantas menyelamatkan keadaan dan mengawal kebakaran dengan jentera sedia ada dari merebak ke rumah lain yang berdekatan.

Rumah yang musnah sepenuhnya milik Majedah Ahmad (6 penghuni), Jaidah Jimi (2 penghuni) dan Mahdar Ahmad Sunik (3 penghuni).

Manakala rumah milik Juni Amin (7 penghuni) rosak sebahagian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – EDISI UKAS

Share

add comment