Dato Sri Huang Tiong Sii Serah Bantuan Kewangan RM100,000 Kepada SMK Tinggi Sarikei

KHAMIS, 13 MEI 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii menyerahkan cek RM100,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, pada Khamis.

Cek tersebut diluluskan oleh Unit Cina Sekolah Sarawak yang merupakan sebuah unit khas diketuai oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian bagi menyelaras dan mengurus bantuan kewangan diperuntukkan oleh kerajaan Sarawak untuk sekolah cina di negeri ini.

“Menerusi unit ini, kita boleh memberikan bantuan kewangan secara konsisten setiap tahun.

“Peruntukan berkenaan perlu diurus dengan betul menerusi badan khas yang menyelaras pembangunan sekolah-sekolah cina di negeri ini,” katanya.

Dato Sri Huang juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak yang sentiasa berusaha menyediakan fasiliti bagi sistem pendidikan rakyat Sarawak. – EDISI UKAS

Share

add comment