PBSM Sarawak Serah Sumbangan Pelitup Muka Kepada SK Abang Amin, Bintangor

KHAMIS, 13 MEI 2021

BINTANGOR: Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Negeri Sarawak telah memberi sumbangan pelitup muka kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin, Bintangor.

Sumbangan diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing kepada Guru Besar SK Abang Amin, Abang Saini Abg Haron pada Rabu.

Datuk Ding yang juga Pengerusi PBSM Daerah Sarikei turut menyerahkan sumbangan cecair pembasmi kuman, ‘Fog Machine’ dan ‘Disinfectant Fog’ kepada sekolah yang mempunyai 360 murid tersebut.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada PBSM Negeri Sarawak yang telah memberi sumbangan dalam membantu memastikan keselamatan warga sekolah.

Beliau juga berharap pihak sekolah memainkan peranan untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment