Sambut Aidilfitri Dalam Kesederhanaan, Kekal Patuh SOP

KHAMIS, 13 MEI 2021

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sekali lagi diraikan dalam suasana sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Namun Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abdullah Saidol berkata, kedatangan syawal tetap disambut dengan kesyukuran.

“Sebagai manusia biasa kita ada rasa rindu. Rindu kepada Tuhan atau rindu kepada sesama insan yang tersayang, sama ada yang masih ada atau yang sudah pergi.

“Tetapi perasaan rindu bukan satu perasaan rindu yang bermusim. Rasa rindu dan kasih mesti sentiasa ada dalam hati kita, barulah kita sentiasa tenang di jiwa dan akal.

“Kita sambut kedatangan syawal dengan kesyukuran. Sekali lagi kita sambut aidilfitri dengan sederhana dan mesti mematuhi SOP dengan yang dtetapkan supaya ancaman virus Covid-19 dapat kita redakan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2021 pada Rabu.

Dalam perutusan sama beliau juga mengingatkan orang ramai agar mendaftar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Jelasnya, kerjasama itu dilihat sebagai satu tanggungjawab moral dalam usaha melindungi diri dan orang lain.

“Jangan lupa mendaftar mendapat suntikan vaksin kerana itu juga adalah tanggungjawab moral kita bukan hanya melindungi kita tetapi juga orang yang kita sayangi dan rindui,” tambahnya.-EDISI UKAS

Share

add comment