Situasi Pandemik COVID-19 Tidak Halang Rai Aidilfitri Dengan Kesyukuran, Kesederhanaan

KHAMIS, 13 MEI 2021

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhaan dalam keadaan global masih berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, dengan suasana yang berbeza seperti kelazimannya sambutan kali ini juga memerlukan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi stanbdard (SOP) sebagai norma baharu.

“Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berbeza seperti tahun sebelumnya, namun diharapkan perayaan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

“Sentiasa patuhi SOP dan amalkan langkah-langkah yang sewajarnya untuk kita bersama mencegah wabak COVID-19 daripada terus menular,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2021 pada Rabu.

Beliau juga berharap sambutan kali ini membawa berkat, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua.-EDISI UKAS

Share

add comment