150 Orang Penduduk Rumah Empading Yang Dikuarantin Terima Bantuan Makanan

JUMAAT, 14 MEI 2021

ENGKILILI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman menyerahkan 92 bungkusan bantuan makanan kepada 150 orang penduduk Rumah Empading, Nanga Bunu Skrang, Engkilili, pada Jumaat.

Bantuan makanan itu sedikit sebanyak meringankan beban penduduk yang terkesan sepanjang tempoh kuarantin yang bermula daripada 12 hingga 24 Mei 2021.

Pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan RELA mengawasi pergerakan penduduk dalam memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memutuskan penularan rantaian COVID-19.

Di samping itu, penduduk rumah panjang merakamkan penghargaan kepada JKM Bahagian Sri Aman di atas bantuan yang diberikan. –EDISI UKAS

Share

add comment