85 Tempat Tidur Tambahan Di PKRC Eastwood Valley Golf & Country Club

JUMAAT, 14 MEI 2021

MIRI: Yayasan Buddha Tzu Chi Buddha, Miri telah membantu menyiapkan 85 tempat tidur tambahan di Eastwood Valley Golf & Country Club pada Khamis.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Jumaat mengucapkan terima kasih atas bantuan menyediakan tempat tidur tambahan. 

“Sebanyak 85 tempat tidur, bantal dan tilam yang boleh dilipat.

“Sebelum ini, Yayasan Buddha Tzu Chi Buddha turut membantu mendirikan 60 tempat tidur di lokasi yang sama,” katanya. 

Sehingga kini, 145 tempat tidur ditempatkan di Eastwood Valley Golf & Country Club yang dapat menampung 472 pesakit.

Awal tahun ini, Yayasan Buddha Tzu Chi Buddha telah menyediakan 30 tempat tidur, tilam dan bantal yang dapat dilipat di Kampung Sukan yang turut dijadikan sebagai PKRC.

Pada Khamis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  telah membantu membekalkan 15 khemah dan memasang di salah satu Dewan Eastwood Valley Golf & Country Club. 

Setiap khemah dipasang dua tempat tidur dengan tilam, bantal dan selimut sebagai pelengkap untuk memberikan privasi kepada mereka yang menerima rawatan di dewan. 

Secara keseluruhan, terdapat 75 khemah di premis tersebut.

Pada masa ini, sebanyak 6 PKRC termasuk di Hospital Miri diwujudkan yang menempatkan 1,152 tempat tidur dan sebanyak 1,100 telah digunakan. 

Dengan tambahan 109 katil pada Jumaat, menjadikan jumlah katil meningkat menjadi 1,261 katil. 

Ini boleh menampung peningkatan jumlah kes positif, termasuk dari daerah luar bandar, kampung dan rumah panjang dari daerah lain di Bahagian Miri seperti Beluru, Subis, Telang Usan dan Marudi.

Turut sama hadir Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Penyelaras PKRC Dr Grace Lee dan Kaunselor Kueh Chie Tiong sukarelawan Yayasan Buddha Taiwan Tzu Chi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Eksekutif Eastwood Valley Golf & Country Club Alex Chung Jih Chyuan. -EDISI UKAS

Share
0