ADUN Balingian Hulur Bantuan Ringan Beban Mangsa Kebakaran Kampung Lintang

JUMAAT, 14 MEI 2021

BALINGIAN: Insiden kebakaran tiga buah rumah di Balingian yang belaku pada Rabu lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Beliau yang diwakili Hafizzul Abdul Halim menyerahkan sumbangan kepada ketiga-tiga wakil mangsa kebakaran tersebut pada Khamis

Kejadian yang belaku sekitar 9 pagi pada 12 Mei tu telah meranapkan tiga buah rumah di Kampung Lintang, Balingian.

Turut menghulurkan bantuan termasuk Persatuan Generasi Melanau Balingian, IKRAM Kawasan Bintulu, Kelab Cyclist Bintulu dan Persatuan Bola Sepak Bintulu.

Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Lintang, Hairi Menggali ketika ditemui merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penderma dan khususnya Abdul Yakub Arbi yang telah membantu mangsa kebakaran.-EDISI UKAS

Share

add comment