Ripin Tinjau 4 Projek RTP Di Kawasan DUN Lambir

JUMAAT, 14 MEI 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat telah mengadakan tinjauan di empat projek pembangunan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir baru-baru ini. 

Beliau yang turut ditemani pegawai dari Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan baru Dewan Serbaguna di kawasan Perumahan Lapangan Terbang Miri dan menyerahkan peruntukan sebanyak RM650,000 bagi menjayakan projek itu. 

Selepas itu, rombongan terus ke Kampung Sungai Dalam A bagi meninjau tapak bagi pembinaan baru Dewan Serbaguna dan menyerahkan peruntukan sebanyak RM350,000. 

Dalam pada itu, Ripin telah menyampaikan geran peruntukan masing-masing berjumlah RM100,000 kepada wakil Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chung Hua Bakam dan SJKC Chung Hua Tukau bagi menaik taraf kemudahan di kedua-dua sekolah tersebut. 

Beliau turut berharap MBM akan dapat menyelia dan memastikan keempat-empat projek pembangunan itu dapat disiapkan mengikut tempoh dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0