JUMAAT, 14 MEI 2021
SRI AMAN: Sambutan Hari Raya Aidilditri di bahagian ini berlangsung dalam suasana ceria dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang masyarakat Islam di Sri Aman untuk menyambut Hari Raya Aidilfiti dengan norma baharu dan mematuhi SOP.
Semasa tinjauan di Masjid Bandar Sri Aman pada Khamis, kira-kira 300 jemaah hadir bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfiti dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Rata-rata jemaah menzahirkan rasa bersyukur dengan ketetapan dari pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) yang membenarkan Aidilfitri disambut sehari dengan SOP yang ketat. -EDISI UKAS