SUPP Cawangan Bukit Assek Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

JUMAAT, 14 MEI 2021

SIBU: Musibah kebakaran yang menimpa enam keluarga di Sibu mendapat simpati dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek.

Prihatin dengan nasib mangsa, Pengerusinya, Dato Chieng Buong Toon tampil menyerahkan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa pada Jumaat.

Penyerahan sumbangan turut dibantu Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng dan ahli parti itu yang lain.

Kebakaran yang berlaku pada Khamis meranapkan sepenuhnya rumah sewa teres dua tingkat jenis kayu namun tidak mengorbankan sebarang nyawa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – EDISI UKAS

Share

add comment