Yang di-Pertua Negeri Sarawak Serta Ketua Menteri Tunai Solat Aidilfitri

JUMAAT, 14 MEI 2021

KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek pada Khamis.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 7.50 pagi telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta ahli-ahli lembaga LAKMNS.

Solat Sunat Aidilfitri telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, manakala khutbah disampaikan oleh Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yasin.

Sesi solat dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment