Hanya 8 Orang Positif COVID-19, Bukan 60 Seperti Tular Di Media Sosial

SABTU, 15 MEI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan hanya 8 orang positif COVID-19 di eMart Riam. 

Menurut kenyataan media JPBB Miri, Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri menjelaskan bilangan kakitangan eMart Riam yang positif COVID-19 adalah 8 orang sahaja dan tidak 60 orang seperti yang tular di media sosial. 

“Mereka ini adalah kenalan rapat dan ahli keluarga yang mempunyai kaitan dengan Kluster Jalan Lilin.

“Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bersama dengan pengurusan eMart Riam telah melakukan ujian calitan ke atas lebih 130 staf seperti mana dalam kes di Permaisuri Mall sebelumnya,” katanya. 

Tambah kenyataan itu lagi, eMart Riam pada Khamis, 13 Mei 2021 telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa pihak pengurusan telah melakukan semua pembersihan dan pematuhan terhadap keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP). 

“Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak dekat akan dihantar ke pusat kuarantin,” tambahnya. 

Pasukan penguatkuasa telah pergi ke lapangan dan melakukan rondaan di pusat membeli-belah bagi memantau situasi terkini di eMart Riam. 

Sehubungan itu, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak meminta orang ramai untuk tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan atau mendengar khabar angin atau mempercayai berita palsu. 

Adalah menjadi kesalahan menyebar khabar angin atau membuat serta menyebarkan berita palsu yang boleh dikenakan hukuman berat. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia