Mangsa Kebakaran Di Kampung Babu, Debak Terus Dibantu

AHAD, 16 MEI 2021

DEBAK: Pelbagai pihak terus tampil untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Babu, Debak.

Terbaru, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat bersama ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM5,000 setiap seorang kepada mangsa, Yak@Sebeli Kudang pada Sabtu.

Selain itu, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak turut menyumbang RM1,000 manakala Baitulmal menyumbang sebanyak RM5,600.

Manakala JKKK, NGO dan Jabatan Kebajikan Bahagian Betong memberi sumbangan berupa barang peralatan asas di rumah.

Sementara itu, barisan Komuniti Cina di Debak tidak ketinggalan menghulurkan bantuan untuk membantu mangsa.

Sumbangan diserahkan Kaunselor Ong Beng Chai bersama Kapitan Debak, Tan Xiao Ping dan Wakil kepada Persatuan Chung Hua Debak, Lim Ming Hai pada Ahad.

Kejadian yang belaku sekitar jam 10.30 malam pada Khamis itu telah meranapkan sepenuhnya mangsa. – EDISI UKAS

Share

add comment