Penduduk Kampung Tebelu Patuhi SOP Solat Aidilfitri

AHAD, 16 MEI 2021

SEBUYAU: Disebalik kebenaran sehari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, penduduk Kampung Tebelu tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang menunaikan Solat Aidilfitri secara berjemaah.

Menerusi pemantauan di Masjid An-Nur Kampung Tebelu pada Khamis lepas mendapati semua jemaah yang hadir sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sebelum bermulanya solat sunat Aidilfitri turut disampaikan penerangan ringkas mengenai SOP yang perlu diikuti termasuk ketika solat.

Inisiatif tersebut adalah untuk manfaat semua jemaah terutamanya dalam mengekang penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS