Pengusaha Premis Menjual Makanan Di Serian Patuh SOP

AHAD, 16 MEI 2021

SERIAN: Para pengusaha premis menjual makanan di bandar Serian didapati patuh kepada arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang tidak membenarkan ‘dine in’ atau makan di kedai.

Tinjauan di kedai-kedai makan utama seperti Erwin Kopitiam, Lepapa Grand Food Center dan Papa Food Court pada Sabtu mendapati keadaan agak lenggang berikutan kepatuhan kepada arahan JPBNS.

Malah, di setiap premis tertera di meja pendaftaran hanya makanan serta minuman ‘take away’ atau bungkus sahaja dibenarkan menunjukkan pemilik kedai akur dengan SOP yang diperketatkan oleh pihak berkuasa.

Tindakan pematuhan SOP ini penting bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara ‘circuit breaker’ atau pemutus rantaian yang sedang dikuatkuasakan ketika ini berkesan dalam memutuskan penularan pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0