Pusat Khidmat DUN Padungan Sumbang Alat Penyembur Sanitasi Elektronik Kepada BBP Padungan

AHAD, 16 MEI 2021

KUCHING: Pusat Khidmat DUN Padungan telah menyampaikan sumbangan tiga buah alat penyembur sanitasi elektronik kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan pada Sabtu.

Sumbangan tersebut adalah bagi mempertingkatkan kecekapan kerja dalam operasi sanitasi sekaligus membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, pihak BBP Padungan berterima kasih kepada Pusat Khidmat DUN Padungan atas sumbangan tersebut. -EDISI UKAS