AHAD, 16 MEI 2021
BATU KITANG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Kitang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Bumbok telah mengadakan program gotong-royong membersihkan Dewan Serbaguna dan Bilik Operasi di kampung tersebut pada Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lo Khere Chiang berkata, gotong-royong tersebut diadakan bagi memastikan penduduk kampung menjaga kebersihan diri, kawasan sekeliling kampung dan rumah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Jelasnya beliau, langkah berjaga-jaga perlu diambil memandangkan kes COVID-19 masih meningkat di seluruh negeri ini.
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar penduduk Kampung Bumbok yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 untuk mengambil tindakan segera. -EDISI UKAS