Syarikat Swasta Sumbang Dispenser Air Ke Hospital Miri

AHAD, 16 MEI 2021

MIRI: Sebuah syarikat swasta yang tidak mahu dikenali telah memberikan sumbangan dispenser air ke Hospital Miri.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam kenyataan media pada Sabtu berkata, sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari syarikat tersebut. 

Antara sumbangan yang diberikan syarikat itu kepada Hospital Miri ialah 13 set Dispenser Air Atas Meja, 2 set Dispenser Air Berdiri Lantai, 3 set Sistem Air Reserve Osmosis (RO) dan 15 set Botol RO 5-Gallon. 

Tambah Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak, bulan April lepas, syarikat ini juga telah menyumbangkan 5 unit Philips Respirator ke Hospital Miri yang sangat berguna untuk pesakit yang memerlukan terapi oksigen.

Dalam pada itu, memandangkan peningkatan kes positif COVID-19 di Miri, Datuk Lee berharap ada penderma yang akan tampil untuk menyumbang peralatan perubatan, Bantuan Perlindungan Diri (PPE) dan lain-lain ke Hospital Miri

Hadir sama Pengerusi JPBB Miri yang juga Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong. -EDISI UKAS

Share
0