Dr Annuar Hadir Saksi Penyerahan Watikah Pelantikan Pemanca Cina Sibu

ISNIN, 17 MEI 2021

SIBU: Menteri Muda Perumahan Dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee telah menyaksikan penyerahan Pelantikan Pemanca Cina Daerah Sibu kepada Datuk Jason Tai di Sibu pada Isnin.

Watikah pelantikan diserahkan pemangku Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng kepada Datuk Jason di Pejabat Residen Bahagian Sibu yang turut disaksikan Datuk Temenggung Vincent Lau Lee Ming.

Dalam pada itu, Datuk Jason ketika ditemui berharap pelantikannya dapat membantu menjayakan program kerajaan terutamanya melibatkan isu pandemik covid-19 termasuk program vaksinasi di kalangan masyarakat di sibu.

Turut hadir Senator Robert Lau Hui Yew.-EDISI UKAS

Share

add comment