SK Rakyat Menang Dua Anugerah Di Pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 2021

ISNIN, 17 MEI 2021

KUCHING: Tiga pasukan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat mengharumkan nama Sarawak setelah berjaya memenangi dua anugerah di Pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 2021 yang bertemakan “Code for Health”, pada Isnin.

Tiga pasukan yang dibimbing oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) tersebut adalah terdiri daripada dua orang pelajar berumur 10 tahun iaitu Dayang Nur Qaleesya dan Afif Adam memenangi anugerah ‘Young Designer’ dengan projek ‘The Aimbulance’.

Seterusnya, pasukan kedua ialah Ariana Zahraa dan Muhammad Jazrein Crossley dengan projek ‘Automatic Hand Sanitizer’ memenangi anugerah ‘Best Demonstration’.

Manakala, pasukan ketiga ialah Amir Zharif dan Aleesya Zahra Mahmud dengan projek ‘Distance Warning System’.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Telaga Biru dan Telaga Jazari dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jazari Robot, Creative Minds, TEGAS dan PROBINO disertai seramai 50 pasukan daripada seluruh negara yang bermula pada 15 Februari sehingga 30 April 2021.

Menarik perhatian, ketiga-tiga pasukan ini akan mewakili Malaysia dalam dua pertandingan secara atas talian iaitu International MakeX Spark Competition: Code for Health 2021 dan 19th Guangxi Adolescent Robotics Competition and ASEAN Countries & Guangdong-Hong Kong-Macao Adolescent Robotics Invitational Tournament@ASEAN Invitational Tournament 2021.

Di samping itu, SK Rakyat turut dinobatkan sebagai ‘Excellent Organization’ di pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 202. –EDISI UKAS

Share
0