ADUN Repok Sumbang Katil Kepada Dua Pesakit Terlantar

SELASA, 18 MEI 2021

REPOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii meneruskan misinya untuk membantu golongan memerlukan di kawasannya dengan menyumbang dua unit katil kepada pesakit terlantar.

Serahan kepada penerima dilaksanakan oleh Pusat Khidmat N.45 Repok pada Selasa dengan Penghulu Huang Tiong Kang hadir bagi mewakili Dato’ Sri Huang.

Penerima pertama adalah Francis Kon Siong Loi, berusia 69 tahun dan berasal dari Jalan Chung Nik.

Manakala penerima kedua Wong Siong Fat berusia 67 tahun, berasal dari Jalan Bulat.

Sumbangan ini bukti keprihatinan Dato’ Sri Huang terhadap mereka yang kurang berkemampuan.

Ahli keluarga pesakit dalam pada itu amat berterima kasih kepada Dato’ Sri Huang di atas sumbangan yang amat diperlukan itu. – EDISI UKAS

Share

add comment