CITF Daerah Matu Laksana Program Vaksinasi Fasa 1

SELASA, 18 MEI 2021

MATU: Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Daerah Matu dengan kerjasama Pejabat Daerah Matu pada Selasa telah melaksanakan program pemvaksinan Fasa 1 dos pertama untuk petugas barisan hadapan.

Program vaksinasi bertempat di Dewan Suarah Matu itu melibatkan seramai 90 penerima terdiri daripada warga Jabatan Pendidikan, PDRM, Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Kesihatan Matu.

Para sukarelawan daripada pelbagai agensi turut terlibat bagi melancarkan perjalanan proses vaksinasi.

Ketika ditemuramah, penerima vaksin melahirkan rasa syukur kerana telah menerima suntikan pertama sambil turut menyarankan penduduk Matu untuk mendaftar dan mengambil suntikan demi keselamatan bersama.

Program tersebut akan diteruskan hingga Khamis ini, 20 Mei 2021. – EDISI UKAS

Share

add comment