Pasar Besar Krokop 10 Ditutup Sementara 3 Hari

SELASA, 18 MEI 2021

MIRI: Pasar Besar Krokop 10 akan ditutup selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Mei 2021. 

Setiausaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam kenyataan media pada Selasa, memberitahu penutupan sementara itu bagi tujuan pembersihan. 

Ini susulan daripada laporan Pejabat Perubatan Miri baru-baru ini yang menjelaskan Pasar Besar Krokop 10 merupakan salah satu daripada lokasi yang terdedah kepada wabak COVID-19. 

Selama tempoh ini, pusat penjaja tidak akan dibuka untuk umum dan pusat penjaja hanya akan dibuka semula untuk umum pada 22 Mei 2021.

Sehubungan itu, MBM mengingatkan pemilik gerai dan orang awam untuk terus mengamalkan kebersihan yang selamat (mencuci tangan dan lain-lain), menjaga jarak sosial dan memakai pelitup muka. 

Mereka harus menjalani pemeriksaan suhu tubuh dan “check-in” sebelum memasuki pusat penjaja dan pasar lain. -EDISI UKAS