Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Daerah Pakan Fasa 2 Bermula Hari Ini

SELASA, 18 MEI 2021

PAKAN: Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Pakan telah memulakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Fasa 2 pada Selasa yang akan melibatkan seramai 252 orang penerima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom hadir bagi meninjau proses program vaksinasi tersebut yang diadakan di Dewan Masyarakat Pakan.

Penerima pada fasa kali ini terdiri daripada warga emas.

Dalam pada itu, Tan Sri William Mawan menyeru penduduk di daerah Pakan untuk mendaftar nama mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Ujarnya, penduduk juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan susulan peningkatkan kes positif COVID-19 di daerah itu kebelakangkan ini.-EDISI UKAS

Share

add comment