264 Lagi Individu Terima Vaksin COVID-19 Di Sri Aman

RABU, 19 MEI 2021

SRI AMAN : Program Vaksinasi Kebangsaan Fasa Kedua di Daerah Sri Aman diteruskan lagi dengan 264 individu telah menerima vaksin COVID-19 pada Selasa.

Program yang telah bermula seawal jam 8 pagi bertempat di Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Suarah Sri Aman itu berjalan dengan lancar dan teratur mengikur perancangan dan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Rata-rata yang hadir melahirkan rasa teruja dan bersemangat untuk mendapatkan suntikan vaksin berkenaan dan berharap agar ia akan menjadi penamat kepada wabak covid-19 yang telah meragut banyak nyawa. -EDISI UKAS

Share
0