ADUN Beting Maro Serah Bantuan Makanan Kepada 67 Rumah Di Kampung Semarang Dan Sepinang, Pusa

RABU, 19 MEI 2021

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor telah menghulurkan bantuan makanan kepada 67 buah rumah Kampung Semarang dan Kampung Sepinang, PUSA pada Rabu.

Bantuan tersebut merupakan bantuan khas beliau kepada mereka yang menjalani kuarantin.

Beliau turut menasihati penduduk kampung agar sentiasa menjaga kebersihan diri serta mempraktikkan norma baharu.

Dalam program berasingan, Razaili menyerahkan 15 kotak pelitup muka kepada petugas RELA di Kampung Hilir Beladin yang kini diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta 20 kotak air mineral dan sekotak besar pelitup muka kepada petugas di Klinik Kesihatan Beladin.

Razaili memberitahu akan memberi bantuan makanan kepada penduduk di kampung Beladin dalam masa terdekat dan menegaskan  supaya kawalan setiap jalan lorong masuk kawasan PKPD perlu diperketatkan serta dipantau dari semasa ke semasa.-EDISI UKAS

Share

add comment