Bangunan Baharu Pra Sekolah SJK (C) Min Daik Telah Siap

RABU, 19 MEI 2021

BINTANGOR: Projek Bina Baharu Bangunan Pra Sekolah SJK (C) Min Daik, Sungai Bakong di Bintangor kini telah siap sepenuhnya.

Dibina menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong, projek dengan kos RM200,000 itu mula dilaksanakan pada September 2020 dan siap awal April 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing ketika ditemui selepas majlis ringkas Penyerahan Tapak Projek RTP tersebut pada Selasa berkata, kesinambungan projek RTP juga berdasarkan sokongan padu rakyat kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Sokongan rayat akan memastikan usaha-usaha Kerajaan Negeri berterusan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (C) Min Daik, Loh Toh Ming merakamkan penghargaan kepada usaha Datuk Ding meluluskan peruntukan RTP untuk projek tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment