Ahli Parlimen Baram Serah Bantuan Makanan Ke Sekolah Teologi Beto, Long Lama

KHAMIS, 20 MEI 2021

LONG LAMA: Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau yang diwakili Pembantu Penerangan Daerah Long Lama Jua Daud telah menyampaikan bantuan bakul makanan ke Sekolah Teologi, Beto di sini pada Khamis. 

Bantuan makanan telah diterima Cikgu Wilson yang mewakili Sekolah Teologi Beto.

Sekolah Teologi Beto merupakan sebuah sekolah agama milik Borneo Evangelical Mission (BEM) yang bertindak sebagai pusat bagi melatih para belia yang ingin mendalami ilmu agama sebelum mereka boleh dilantik sebagai pastor dan sebagainya. -EDISI UKAS

Share

add comment