Banjir Besar Melanda Beberapa Kawasan Di Ba’kelalan

KHAMIS, 20 MEI 2021

BA’KELALAN: Hujan turun dengan lebat dan tanpa henti telah menyebabkan beberapa kampung di kawasan Ba’kelalan dinaiki air pada Rabu.

Ini merupakan kejadian banjir terbesar pernah berlaku di kawasan Ba’kelalan berbanding banjir-banjir sebelum ini. 

Kejadian banjir telah menyebabkan semua perhubungan darat di kawasan ini tidak dapat dilalui dan begitu juga lapangan terbang Ba’kelalan yang turut terjejas kerana kawasan bangunan menara kawalan trafik udara terletak di tempat rendah berhadapan dengan rumah penginapan Apple Lounge.

Di beberapa buah kampung di sepanjang Sungai Kelalan, rumah-rumah telah ditenggelami air akibat banjir dan ada beberapa buah rumah dimasuki air terutama rumah penginapan Apple Lounge, Bakelalan. 

Sekolah Kebangsaan (SK) Bakelalan dan Sekolah Maktab Telogia juga turut ditenggelami air. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian banjir itu. -EDISI UKAS

Share

add comment