Beberapa Buah Kampung Di Daerah Kecil Mulu Dilanda Banjir

KHAMIS, 20 MEI 2021

MULU: Hujan yang turun sejak petang Rabu telah menyebabkan beberapa buah kampung di Daerah Kecil Mulu dilanda banjir. 

Menurut Pegawai  Tadbir Sarawak (SAO) Rabeta Jangin, sejak kebelakangan ini keadaan cuaca yang tidak menentu di mana hujan turun dengan lebat dan lama telah mengakibatkan kejadian banjir kilat sering berlaku di sini. 

“Sehingga laporan ini diterima trend air dilihat semakin menaik dan ditambah lagi keadaan cuaca pada pagi ini masih lagi mendung. 

“Antara kawasan-kawasan yang terjejas ialah Kampung Melinau, Kampung Batu Bungan, Klinik Kesihatan Mulu, Sekolah kebangsaan (SK) Batu Bungan dan Pejabat Daerah Kecil Mulu,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Dalam pada itu, Bomba dan Penyelamat Marudi telah membuat pemantauan setelah menerima laporan kejadian banjir yang berlaku. -EDISI UKAS

Share

add comment