Datuk Amar Micheal Manyin Lawat Tiga Buah Sekolah Di Tebedu

KHAMIS, 20 MEI 2021

TEBEDU: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Micheal Manyin Jawong telah melakukan tinjauan ringkas di tiga buah sekolah di kawasan Tebedu pada Khamis.

Tiga buah sekolah yang dilawat beliau ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parun Suan, SK St. Dominic Pichin dan SK Temong.

Dalam lawatan tersebut, beliau mengingatkan para guru dan dan staf sokongan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan semasa di dalam pejabat mahupun kawasan sekolah.

“Para guru dan staf sokongan haruslah sentiasa mengamalkan pematuhan SOP untuk mengekang penularan wabak COVID-19 terutama dalam kawasan sekolah untuk keselamatan bersama,” ujarnya.

Tambahnya, SOP mengenai sambutan perayaan Hari Gawai Dayak telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), namun aktiviti ziarah masih lagi tidak dibenarkan.

Turut diumumkan semasa lawatan itu adalah peruntukan khas sebanyak RM10,000 untuk membina Taman Mini SK Parun Suan dan RM50,000 untuk kerja membaik pulih kuarters guru di SK Temong. –EDISI UKAS

Share

add comment