Dermawan Sumbang Vital Signs Monitor Kepada Hospital Miri

KHAMIS, 5 MEI 2021

MIRI: Dermawan yang enggan namanya dikenali telah memberikan sumbangan berupa tiga Vital Signs Monitor kepada Hospital Miri. 

Sumbangan ini telah diberikan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin dan disampaikan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin kepada Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu pada Khamis. 

Tiga unit Vital Signs Monitor akan ditempatkan dan digunapakai di Pakar Kanak-kanak, Pakar Perubatan dan Pakar Pembedahan, Hospital Miri.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf. -EDISI UKAS

Share

add comment