Hampir 11,000 Telah Terima Vaksin Covid-19 Dalam Fasa Kedua Di Stadium Perpaduan

KHAMIS, 20 MEI 2021

KUCHING: Hampir 11,000 individu telah menerima vaksin bagi fasa kedua dalam Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Stadium Perpaduan setakat ini.

Menurut Pegawai Perubatan, Muhammad Fathee Basree, penerima vaksin telah menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac.

“Untuk fasa kedua khususnya di Stadium Perpaduan ini, kita sudah memvaksinkan hampir 11 000 penduduk di kawasan Kuching dan vaksin yang kami gunakan adalah vaksin jenama Pfizer-BioNTech dan Sinovac setakat ini,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Dalam pada itu, beberapa orang penerima vaksin yang sempat ditemubual oleh wartawan UKAS berkongsi pengalaman mereka setelah lengkap pengambilan dua dos vaksin.

Bagi Ho Chai Wan, 77 tahun, beliau amat bersukur kerana tiada kesan sampingan dialaminya setelah pengambilan dos kedua vaksin berkenaan.

Katanya lagi, beliau telah dibantu oleh ahli keluarganya sendiri untuk mendaftarkan diri dan menerima vaksin itu.

Seorang lagi penerima, Zubaidah Abdullah, juga berusia 77 tahun, turut tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas melengkapkan dos suntikan. – EDISI UKAS

Share
0