Hujan Lebat Dan Berterusan Akibatkan Banjir Besar Berlaku Di Kawasan Akah

KHAMIS, 20 MEI 2021

AKAH: Hujan lebat dan berterusan telah menyebabkan kejadian banjir besar berlaku di kawasan Akah sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk pada Khamis. 

Kampung Long Luteng yang merupakan penempatan kaum Penan di Akah turut terjejas teruk akibat banjir besar ini. 

Ketika ini air banjir masih lagi naik dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -EDISI UKAS

Share

add comment